Pengenalan

Program ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah yang merupakan peserta pertandingan tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai STEM Education. Selain daripada itu, program dan pertandingan yang dirangka sangat menitikberatkan tentang elemen pengaplikasian ilmu STEM kepada peserta. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kerajaan melalui Malaysian Industry-Government Group for High Technology, (MIGHT) telah melancarkan inisiatif pengukuhan Sains di negara ini melalui Science to Action atau S2A. S2A telah pun dilancarkan dalam memastikan penguasaan ilmu Sains dikalangan rakyat Malaysia melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) ke arah negara maju 2020 menjadi kenyataan.

Program yang dirangka ini juga bakal membuka minda dan menarik minat masyarakat sekaligus memberi peluang kepada mahasiswa/i mahupun pelajar sekolah untuk melibatkan diri dalam pengukuhan STEM Education. Sebagai sebuah fakulti yang terlibat secara langsung dalam bidang STEM Education selain menghasilkan prospek guru di Malaysia, maka Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) terpanggil bersama-sama pihak MIGHT dan agensi lain yang terlibat dalam menganjurkan pertandingan berbentuk S2A selain mendokong hasrat kerajaan Malaysia dalam memastikan pengukuhan Sains di negara ini dapat dijayakan.

Dalam program ini, pelbagai pengisian dan acara telah pun dirancang merangkumi, bengkel pengukuhan Sains, seminar dan pameran pendidikan Sains selain aktiviti berbentuk pertandingan yang bakal melibatkan pelajar sekolah diseluruh Malaysia. Sebanyak 8 bidang kajian telah dirancang untuk pelajar - pelajar menimba pengalaman dan keseronokan disamping dapat bertanding sesama peserta di akhir program bagi merebut peluang memenangi sijil, plak dan wang tunai.

Objektif

1. Mendedahkan peserta dengan STEM Education.

2. Mengetengahkan pengaplikasian ilmu STEM dalam kehidupan seharian melalui pelbagai medium program dan pertandingan.

3. Meneroka kreativiti dan inovatif peserta dalam pengaplikasian ilmu STEM dalam sesuatu program dan pertandingan.

4. Memberi pendedahan akan kepentingan Science to Action atau S2A dikalangan semua peserta.

5. Membudayakan ilmu Sains dalam menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sejajar dengan ke arah pembentukan negara maju menjelang 2020.

6. Mewujudkan jaringan industi pintar dan masyarakat antara Kementerian Pendidikan, sekolah-sekolah, agensi swasta dan kerajaan, fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Kejuruteraan serta persatuan dalam bentuk kerjasama pintar.

7. Mewujudkan satu platform bagi saintis tempatan untuk menyalurkan kepakaran mereka kepada pelajar dengan lebih berkesan serta memberikan peluang bagi pelajar untuk mempelajari teknik-teknik penyelidikan.

8. Menanam minat terhadap sains dan penyelidikan di kalangan pelajar supaya mereka memilih kerjaya yang berkaitan dengan STEM pada masa akan datang.

Misi & Matlamat

Misi

Usaha dalam merealisasikan matlamat dan objektif yang disasarkan oleh pihak kerajaan menjadi syarat utama dalam penganjuran program dan pertandingan ini. Pengaplikasikan dan penguasaan Sains dalam masyarakat secara amnya dan pelajar sekolah secara khususnya menjadi tunjang utama penganjuran program dan pertandingan ini. Selain daripada inisiatif kerajaan dalam memastikan Science to Action atau S2A dikalangan semua rakyat Malaysia, pengaplikasian STEM Education kepada semua yang terlibat merupakan misi utama yang dititikberatkan dalam penganjuran program dan pertandingan yang julung kalinya diadakan ini oleh Fakulti Sains, UPM.

Matlamat

Program dan pertandingan ini diharapkan dapat membantu pelajar sekolah khususnya dalam mengaplikasikan segala teori yang dipelajari dalam setiap aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Selain itu, program dan pertandingan ini juga diharapkan dapat membudayakan elemen STEM Education di kalangan semua yang terlibat bermula dari peserta, pihak penganjur malahan semua yang terlibat dalam program dan pertandingan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Hadiah

THE VERY BEST PROJECT OF GLOBAL I-LEAD STEM CAMP 2017

The Most Outstanding Project

The Most Creative Project

The Most Innovative Project

The Most Informative Booth

The Most Popular Project

The Best Commercial Project

The Best Presenter

Gold Award

Silver Award

Bronze Award

Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah - hadiah berprestij di atas.

Organisasi

PENAUNG

Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar (TNCPI)

PENASIHAT

Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar (Dekan FK)

Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman (Dekan FS)

PENGERUSI

Noorsuhaily bin Ali @ Md Noor (YDP PIBG SBP Integrasi Selandar)

PENASIHAT III

Prof. Madya Dr. Khalina Abdan (TDPI, FK)

Prof. Madya Dr. Norihan Md. Arifin (Pengarah ASPer)

KETUA JAWATANKUASA

Penjurian :

Prof. Madya Dr. Norihan Md. Arifin

Pameran :

Prof. Madya Dr. Khalina Abdan

Projek :

Prof. Madya Dr. Zurina Zainal Abidin, Dr. Suriati Paiman

Majlis Anugerah :

Dr. Fazirulhisyam Hashim

Web Portal :

Prof. Madya Dr. Burhanuddin Mohd. Aboobaider (UTeM)

KETUA FASILITATOR

Prof. Madya Dr. Zurina Zainal Abidin (FK)

Dr. Muhammad Alif Mohamad Latif (ASPer)

AHLI JAWATANKUASA

Prof. Madya Ir. Dr. Siti Mazlina Mustapa Kamal

Dr. Ahmad Fikri Abdullah

Prof. Madya Ir. Dr. Syamsuri Yaacob

Dr. Mohd Zuhri Mohamed Yusoff

Dr. Zed Diyana Zulkafli

Dr. Zairil Azhar Zaludin

Dr. Norhafiz Azis

En. Suhaifi Sulaiman

Pn. Syolihah Hj. Ahmad

Prof. Dr. Mohd. Khanapi Abd. Ghani (UTeM)

Prof. Madya Dr. Abd Samad Hasan Basari (UTeM)

Maslan bin Zainon (PIBG)

Ab. Aziz bin Haji Ali (PIBG)

Norita binti Jantan @ Janudin (PIBG)

Nor Aslina bt Md Jidon (PIBG)

Rohaya bt Mohd Hassan (PIBG)

Marhani bt Mohamad (PIBG)

SEKRETARIAT

Cik Nurul Farhana@Kumalasari Abdul Aziz

Pn. Nornadia Amirah Ishak

MAKLUMAT PROGRAM GISC 2017

Pemilihan Pelajar

a. Pelajar tingkatan 3 & 4 sahaja

b. Tidak mempunyai rekod masalah disiplin

c. Menunjukkan prestasi akademik yang baik

d. Berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, rajin dan berdikari

e. Sangat berminat untuk menjalankan penyelidikan sains dan kejuruteraan

Borang Kebenaran Ibu Bapa

Pelajar mesti mendapatkan kebenaran ibubapa untuk menghadiri program ini. Guru yang bertanggungjawab di sekolah perlulah menguruskan perihal kebenaran program ini sebaiknya.

Perjalanan Pelajar

Perjalanan pelajar adalah secara sendiri iaitu datang terus ke lokasi program memandangkan program ini dijalankan pada masa cuti sekolah sementara semasa program dilaksanakan, semua urusan perjalanan akan diuruskan oleh pihak penganjur.

Kod Pakaian Program

a. Pakaian rasmi maktab semasa acara perasmian / penutup

b. Pakaian untuk aktiviti riadah

c. Pakaian bebas/smart casual sebelah petang/aktiviti malam

d. Pakaian untuk sembahyang

e. Pakaian untuk aktiviti makmal (lab coat) & kasut bertutup

Kesihatan Pelajar

Sila pastikan pelajar dalam keadaan sihat dan sekiranya pelajar menghidapi sebarang penyakit seperti demam, selsema, batuk dan lain-lain, pastikan bekalan ubat dibawa bersama secukupnya.

Keperluan Peribadi Pelajar

Sila pastikan salah seorang dari peserta membawa laptop bagi setiap bagi setiap kumpulan, cadar & sarung bantal, kelengkapan mandian dan keperluan diri semasa program dijalankan.

Guru Pengiring

a. Setiap sekolah terlibat tidak perlu menghantar guru pengiring sebaliknya menjadi guru pembimbing di sekolah sebelum hari kejadian.

b. Guru pembimbing sebaiknya seorang guru yang memahami projek pelajar masing-masing yang akan dijalankan di UPM nanti.

c. Guru terlibat tidak wajib untuk mengikuti semua program di UPM tetapi dibenarkan untuk bersama pelajar sepanjang program diadakan.

d. Segala tuntutan makan minum dan perjalanan guru adalah dibawah tanggungan sekolah masing-masing.

PELAKSANAAN PROGRAM

GISC 2017

1. Bidang yang dicadangkan ialah bidang Sains Gunaan, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Kimia.

2. Pelajar perlu mempunyai kumpulan yang disertai oleh dua orang pelajar dari sekolah dan tingkatan yang sama.

3. Setiap kumpulan perlu membuat pendaftaran secara atas talian di http://www.gisc.my selepas membuat bayaran penyertaan.

4. Mereka akan diberikan nama pensyarah dan fasilitator masing-masing pada awal bulan September. Setelah mendapat info tersebut, pelajar bolehlah menghubungi pensyarah/fasilitator masing-masing untuk berbincang tentang projek yang akan mereka lakukan.

5. Seorang pensyarah daripada setiap bidang tadi akan menjadi mentor, dibantu oleh fasilitator dari kalangan pelajar post graduate (bilangan bergantung kepada keperluan).

6. Kajian yang akan dilakukan adalah atas perbincangan bersama antara pelajar dan pensyarah/fasilitator berkenaan, bergantung kepada kepakarannya sendiri.

7. Sebelum pelajar memulakan kajian, mereka diberi peluang untuk membuat literature search tentang kajian yang akan dijalankan. Selain itu, penyarah akan menyediakan arahan umum yang boleh diikuti oleh pelajar untuk menjalankan kajian. Pelajar seterusnya dibimbing untuk menjalankan kajian, menganalisis data, membuat perbincangan dan membuat kesimpulan.

8. Pada hari program nanti, pelajar dan pensyarah/fasilitator masing-masing akan menjalankan kajian yang ingin dilakukan secara sistematik. Mereka akan menghasilkan kajian dan seterusnya akan menyiapkan projek mereka.

9. Sepanjang hari dalam program ini, mereka akan sentiasa saling membantu. Hari terakhir program ini diperuntukkan untuk pelajar mempersembahkan projek mereka.

10. Mereka akan dihakimi dan diadili oleh para cendekiawan terpilih dan akan menerima anugerah atas kejayaan masing-masing.

11. Wakil hakim akan memberi maklumbalas terhadap pencapaian pelajar iaitu kekuatan dan kelemahan dari segi kemahiran-kemahiran proses sains dan berfikir.

12. Para peserta akan menerima sijil penyertaan sementara pemenang pula akan menerima sijil, plak dan hadiah wang tunai.

13. Sebarang penarikan diri daripada menyertai program ini akan dikenakan penalti sebanyak 20% daripada jumlah yuran yang telah dibayar tanpa mengira tarikh penarikan tersebut.

Lokasi

Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang

Fakulti Sains UPM

Fakulti Kejuruteraan UPM

Lokasi UPM Serdang

Bidang Kajian

Biologi

Pengenalan:

Jabatan Biologi menawarkan kombinasi liputan luas bidang Biologi yang moden dan bermulti-disiplin. Matlamat Jabatan adalah untuk menyediakan keperluan asas yang penting untuk pendidikan prasiswazah yang kukuh dalam pelbagai disiplin bidang biologi untuk melahirkan para graduan yang berpengetahuan dan berdaya saing agar dapat melanjut ke bidang profesional, siswazah atau alam pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Jabatan Biologi turut menawarkan program prasiswazah, siswazah dan Pasca Kedoktoran dalam bidang biologi akuatik dan daratan, pencemaran, biomonitoring dan biologi mikrob. Program-program pra dan pasca siswazah menawarkan banyak peluang penyelidikan untuk pelajar dalam persekitaran makmal yang lengkap dengan kemudahan peralatan terkini.Program-program ini menekankan pengalaman praktikal dalam sesi amali kursus serta sewaktu kerja lapangan. Pelajar juga akan didedahkan kepada pengalaman penyelidikan asas, kemahiran dalam penulisan saintifik dan pembentangan seminar. Kursus yang ditawarkan di Jabatan turut direka yang bertujuan untuk menyediakan latar belakang yang kukuh dalam bidang biologi dan untuk membentuk perspektif sains bersepadu. Kakitangan akademik Jabatan adalah sangat terlatih dengan pengalaman profesional yang diperolehi melalui aktiviti penyelidikan dan rangkaian dengan agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta dan badan-badan antarabangsa.

Penyelidikan

Bidang-bidang penyelidikan Jabatan Biologi untuk program Sarjana Sains dan Doktor Falsafah seperti berikut:

  • Biodiversiti dan Pemuliharaan Sumber Asli
  • Ekologi
  • Genetik
  • Fisiologi Tumbuhan

Kemudahan Penyelidikan

Kemudahan Khas

  • Makmal Pengajaran
  • Makmal Penyelidikan
  • Makmal Komputer
  • Herbarium
  • Muzium Zoologi

Mesin Berat

  • Ultracentrifuge dan Microcentrifuge
  • Fast Protein Liquid Chromatography
  • Gas Chromatography-Mass Spectrometry
  • Polymerase Chain Reaction Thermal cycler
  • Atomic Absorption Spectrometer (AAS)
  • Stainer XL
  • Microwave Digester
  • High Performance Liquid Chromatography (HPLC)
  • Fizik

    Pengenalan:

    Salah satu matlamat Jabatan Fizik adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten bersedia untuk pasaran kerja atau untuk mengikuti program ijazah yang berkaitan. Program-program ijazah pertama adalah:

    1. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Fizik
    2. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Sains Instrumentasi
    3. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Sains Bahan
    4. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Fizik dengan Pendidikan

    Jabatan menekankan pengajaran kreatif dalam persekitaran pembelajaran yang merangsang dalam kelas dan makmal. Jabatan juga menawarkan program pascasiswazah dan postdoctoral dalam pelbagai bidang penyelidikan termasuk:

    1. Optik Gunaan
    2. Sinaran Gunaan
    3. Bahan magnet
    4. Sains bahan
    5. Gelombang mikro
    6. Bahan Nano
    7. Fizik Quantum
    8. Rangkaian Kompleks
    9. Fizik Komputasi
    10. Fizik Teori
    11. Ultrasonic
    12. Superkonduktor
    13. Sensor dan Instrumentasi

    Jabatan Fizik UPM juga mempunyai kemudahan penyelidikan terkini termasuk:

    1. ellipsometer
    2. spektrofotometer
    3. UV-nyata
    4. RF magnetron pemercikan
    5. XRD
    6. AFM

    Pada masa ini Jabatan mempunyai 50 orang ahli yang berpengalaman dan berdedikasi termasuk 4 profesor, 7 profesor madya, 20 pensyarah kanan, dan seramai 19 kakitangan sokongan.

    Penyelidikan:

    Bidang penyelidikan untuk program Sarjana Sains dan Doktor Falsafah adalah seperti berikut:-

    • Optik gunaan
    • Sinaran gunaan
    • Fizik komunikasi
    • Sains dielektrik
    • Bahan magnet
    • Sains bahan
    • Mikro gelombang
    • Fizik multimedia
    • Nanosains
    • Tenaga Solar
    • Superkonduktor
    • Fizik teori
    • Sensor dan Instrumentasi
    • Kuantum Sains dan teknologi
    • Bahan Ultrasonik

    Kemudahan Penyelidikan:

    • UV/VIS/NIR Spectrophotometer
    • High Surface Stylus Profilometer
    • Photoluminescence Spectrometer (PL)
    • DC and RF Magnetron Sputtering System
    • AC Susceptometer (ACS)
    • X-Ray Fluorescence (XRF)
    • Electron Spin Resonance System (ESR)
    • Micro Flash Thermal Conductivity Measurement Sysyem (LFA)
    • X-Ray Diffraction (XRD)
    • Vibrating Sample Magnetometer (VSM)
    • Dynamic Mechanical Analyzer (DMA)
    • Atomic Force Microscopy (AFM)s

    Kimia

    Pengenalan:

    Kebanyakan pemahaman kita mengenai dunia bahan adalah berdasarkan kepada kimia. Kimia adalah pusat kepada semua bidang sains seperti Bioteknologi, Sains Bahan, Alam Sekitar, Perubatan, Farmakologi dan Fizik. Kimia pada dasarnya dibahagikan kepada Kimia Tak Organik, Kimia Organik, Kimia Fizik dan Kimia Analisis. Kepelbagaian bidang ini digambarkan dalam penyelidikan yang dijalankan. Jabatan ini adalah salah satu jabatan yang terbesar dan antara yang paling aktif di Universiti. Hampir satu pertiga daripada kakitangan akademik telah dilantik dalam sepuluh tahun yang lalu dan lebih 10 profesor telah dilantik sejak tahun 1990. Kakitangan lama dan baharu telah membawa kepakaran dalam aspek yang penting dari segi pengajaran dan penyelidikan semasa dalam kimia. Ini membolehkan kami untuk menyediakan beberapa bidang penyelidikan lama dan baharu dan mengekalkan tahap pembiayaan penyelidikan yang tinggi dengan konsisten dengan bilangan pelajar siswazah yang ramai setiap tahun. Jabatan mempunyai bilangan kumpulan penyelidikan yang besar dan kukuh merangkumi berbagai bidang kimia.

    Penyelidikan:

    Bidang penyelidikan di Jabatan Kimia bagi program Master dan Doktor Falsafah adalah seperti berikut:

    • Kimia Analisis
    • Elektrokimia
    • Pemangkinan
    • Kimia Biologi
    • Sintesis Tak Organik
    • Sintesis Organik
    • Kimia Polimer
    • Kimia Pengkomputeran

    Kemudahan Penyelidikan:

    KEMUDAHAN PENYELIDIKAN DI JABATAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UPM

    1. Surface Area Analyzer (BET)
    2. Inductively Coupled Plasma Optical Emission Spectrometry (ICP-OES)
    3. Atomic Absorption Spectrometry (AAS)
    4. Thermogravimetric Analyzer (TGA)
    5. Differential Scanning Calorimeter (DSC)
    6. Nuclear Magnetic Resonance Spectrometer (NMR)
    7. Fourier Transform Infrared Spectrometer (FTIR)
    8. Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS)
    9. CHNSO Analyzer
    10. Nano Particle Size Analyzer
    11. Zeta Potential Analyzer
    12. Gas Chromatography (GC)
    13. Powder X-Ray Diffractometer (PXRD)
    14. Single Crystal X-Ray Diffractometer (SXRD)

    Kejuruteraan Aeroangkasa

    Pengenalan:

    Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa telah ditubuhkan pada tahun 1996 untuk membantu membangunkan industri aeroangkasa negara sepertimana yang telah dilancarkan dalam “National Blueprint for the development of the Aerospace Industry in Malaysia”. Lanjutan daripada peristiwa tersebut, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa telah diperkenalkan.

    Kejuruteraan Aeroangkasa adalah hasil gabungan 2 disiplin ilmu pengetahuan iaitu Kejuruteraan Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Setiap disiplin membawa makna seperti berikut:

    •Kejuruteraan Aeronautik - cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang aerodinamik, bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanik pesawat, kawalan dan kestabilan pesawat.

    •Kejuruteraan Astronautik - cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang mekanik orbit, persekitaran angkasa lepas, penentuan dan kawalan ketinggian, telekomunikasi, struktur aeroangkasa, dan pendorongan roket.

    Sejak penubuhannya, jabatan ini telah mengorak langkah kehadapan dengan jayanya untuk memperomosi dan membangunkan industri aeroangkasa negara. Kini, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran turut ditawarkan sejajar dengan matlamat penubuhan asalnya. Dalam masa yang sama, banyak penyelidikan dan penerbitan telah dihasilkan bertujuan untuk mendalami dan meningkatkan tahap pencapaian aeroangkasa negara. Kerjasama dengan beberapa syarikat turut dimetrai dalam usaha kearah penyelidikan bersama telah diadakan untuk menjalin keakraban diantara universiti dan syarikat-syarikat luar. Ini membuktikan bahawa Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa telah berjaya mencapai ke satu tahap yang lebih tinggi serta mampu menjalin hubungan dengan pelbagai pihak dalam usaha menaikkan industri aeroangkasa negara.

    Kejuruteraan Awam

    Pengenalan:

    Jabatan Kejuruteraan Awam telah ditubuhkan pada 1985, selepas Fakulti Kejuruteraan Pertanian mula mengambil prasiswazah untuk program Bacelor Kejuruteraan (Awam) pada 1984. Dari saat itu, jabatan berkembang dengan pesat dalam tiga perkhidmatan utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan professional. Banyak yang telah dicapai tetapi kami akan terus berusaha gigih untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan demi kebaikan negara dan masyarakat.

    Kejuruteraan Biologi

    & Pertanian

    Pengenalan:

    Jabatan ini telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kejuruteraan Pertanian di Kolej Pertanian Malaya pada tahun 1970. Bemula dari situ, jabatan ini telah berkembang pesat dan menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian kejuruteraan untuk masalah pertanian di Malaysia. Terkini, Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian mempunyai 49 staf, iaitu 35 staf akademik dan 14 staf pentadbiran.

    Jabatan ini menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) selama empat tahun dengan empat pilihan pengkhususan iaitu Mekanisasi dan Automasi; Bioproses dan Alam Sekitar; Tanah dan Sumber Air dan Sistem Bioinformasi. Program yang ditawarkan adalah diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia dan Institusi Jurutera Malaysia.

    Kami juga menyediakan peluang pembelajaran berasaskan penyelidikan melalui ijazah sarjana dalam Masters dan PhD untuk terus meluaskan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem. Program siswazah jabatan adalah bertaraf antarabangsa yang memberi tumpuan kepada penyelidikan asas dan gunaan dalam bidang-bidang teras iaitu Mekanisasi Pertanian dan Automasi, Kejuruteraan Lepas Tuai, Infrastruktur dan Pemuliharaan Sumber; Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar; Pertanian Persis dan GIS dan Remote Sensing.

    Bagi program Master tanpa tesis, jabatan ini menawarkan 2 program iaitu Master Perancangan dan Respon Kecemasan serta Master Pengurusan Air

    Kami telah mendapat pensijilan ISO 9001: 2008 untuk semua operasi termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berteraskan Hasil (OBE) telah diguna pakai sebagai pendekatan utama dalam pengajaran dan pembelajaran di jabatan ke arah pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kami sama ada untuk melanjutkan pelajaran, melakukan kerjasama penyelidikan, menggunakan kepakaran kami sebagai perunding, atau apa sahaja cara yang boleh memberi manfaat kepada kualiti kehidupan.

    Kejuruteraan Elektrik

    & Elektronik

    Pengenalan:

    Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pencapaiannya terus berkembang sehingga kini.

    Program yang ditawarkan diperingkat bacelor telah mendapat akreditasi Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC), Malaysia. Program Bacelor yang ditawarkan menyediakan pelajar untuk bekerja dalam semua bidang utama Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik termasuk Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Kawalan dan Kejuruteraan Mikroelektronik.

    Jabatan juga menawarkan program Master dan PhD (dengan tesis) dalam perbagai bidang kajian. Program penyelidikan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sedang berkembang dengan pesat di mana projek penyelidikan dibiayai oleh pelbagai agensi awam dan swasta. Terkini jabatan mempunyai lebih 100 pelajar siswazah dari pelbagai negara yang sedang menuntut di dalam pengajian MSc dan PhD. Banyak hasil penyelidikan yang telah dipatenkan dan mendapat anugerah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Kejuruteraan Kimia

    & Alam Sekitar

    Pengenalan:

    Jabatan ini telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1996 dan selepas 20 tahun kewujudannya, kami telah mencapai kecemerlangan yang membanggakan dalam bidang akademik dan penyelidikan. Ini dibuktikan dengan kejayaan jabatan ini mengekalkan pencapaian 5 bintang dan jabatan terbaik keseluruhan selama 4 tahun berturut-turut. Jabatan ini juga merupakan antara penyumbang tertinggi dalam penerbitan untuk penyelidikan di fakulti. Dalam beberapa tahun ini, kami telah merangkul lebih 40 anugerah di pameran-pameran peringkat tempatan dan antarabangsa seperti GENEVA, British Invention Show, IENA Germany, INPEX Pittsburgh, dan EUREKA Belgium. Kami juga telah berjaya mendaftarkan sebanyak 13 buah paten.

    Universiti Putra Malaysia merupakan di antara lima universiti yang telah menerima status Universiti Penyelidikan (RU) di Malaysia. Fakulti Kejuruteraan adalah salah satu di antara penyumbang utama dalam usaha mengekalkan status Universiti Penyelidikan bagi Universiti Putra Malaysia. Jabatan ini terdiri daripada 42 orang kakitangan, di mana 32 daripadanya adalah kakitangan akademik dan 10 lagi adalah kakitangan sokongan. Lebih 90% daripada pensyarah-pensyarah berpengalaman kami merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti-universiti terkemuka. Di kalangan kakitangan akademik, 7 adalah professor, 9 adalah professor madya dan 12 adalah pensyarah kanan. Lima daripada pensyarah kami merupakan jurutera berkanun (chartered engineer) dan mereka adalah ahli kepada badan-badan professional seperti IChemE, IEM dan MMWA.

    Pada masa ini, jumlah pelajar pra-siswazah dan siswazah di jabatan ini adalah masing-masing sebanyak 217 dan 260. Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di dalam pengajaran. Jabatan ini menawarkan program Bacelor Kejuruteraan (Kimia) bagi pengajian peringkat pra-siswazah dengan pilihan empat pengkhususan iaitu kejuruteraan proses, kejuruteraan sains bahan, kejuruteraan alam sekitar dan kejuruteraan biokimia. Program ini mendapat akreditasi sepenuhnya dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia dan Institut Jurutera Malaysia. Turut ditawarkan adalah pengajian peringkat siswazah; ijazah sarjana dan doktor falsafah bagi penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti proses, alam sekitar, biokimia dan kejuruteraan bahan. Antara bidang-bidang khusus yang mendapat perhatian mutakhir kini adalah teknologi nano, tenaga boleh baharu, teknologi hijau, bahan termaju, biobahan api, rawatan air, penyerapan, biojisim dan biochar

    Kejuruteraan Sistem Komputer

    & Komunikasi

    Pengenalan:

    Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1997 hasil daripada penstrukturan semula Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Jabatan ini telah berkembang dari tahun ke tahun dan telah menghasilkan graduan yang mahir dalam bidang Sistem Komputer dan Komunikasi. Jabatan ini telah ditempatkan di UPM dibawah Fakulti Kejuruteraan , Universiti Putra Malaysia.

    Sehingga kini, jabatan mempunyai 31 pegawai akademik (4 Profesor, 12 Profesor Madya dan 15 Pensyarah Kanan/Pensyarah). Jabatan juga digerakkan dengan 1 Jurutera, 7 Penolong Jurutera bersama 1 Setiausaha dan 1 pegawai sokongan. Pegawai akademik terdiri daripada 28 pegawai akademik yang mempunyai kelayakan PhD manakala yang selebihnya juga didalam proses untuk mencapai kelayakan tersebut. Mereka yang berkhidmat di jabatan ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing; Kejuruteraan Sistem Komputer dan Terbenam, Kejuruteraan Sistem Komputer, Kejuruteraan Sistem Multimedia, Kejuruteraan Komunikasi Wayarles, Kejuruteraan Rangkaian dan Komunikasi, dan Kejuruteraan Sistem Fotonik dan Optik Gentian.

    Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer & Komunikasi telah menawarkan Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi) di dalam 2 bidang; Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi. Kedua-dua program ini telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Perhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

    Jabatan kami telah dianugerahkan persijilan ISO 9001:2008. Ia adalah merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran. Didalam proses pengajaran dan pembelajaran, jabatan telah menggunakan kaedah "Outcome Based Education (OBE) " bagi merealisasikan visi universiti bagi mencapai universiti bertaraf dunia.

    Komitmen kami adalah untuk memberikan perhatian khusus kepada setiap pelajar berada di dalam persekitaran yang lestari demi mencapai matlamat yang telah digariskan. Kami berusaha untuk menjadikan jabatan sebagai satu komuniti yang ideal dimana para pelajar dapat menggarap kecemerlangan akademik, perkembangan rohani dan insaniah serta kemahiran sepanjang hayat bagi menghadapi cabaran akan datang. Kahir sekali, tidak kira apa jua tujuan anda melayari laman ini, kami amat mengalu-alukannya dan berharap anda beroleh maklumat yang dikehendaki.Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami bersedia membantu anda.

    Kejuruteraan Mekanikal

    & Pembuatan

    Pengenalan:

    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan merupakan salah satu daripada lapan jabatan yang ditubuhkan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Buat masa sekarang jabatan ini menawarkan Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan opsyen Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Pembuatan serta program Master dan program PhD. Pada asal penubuhan Jabatan dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Sistem, dan menawarkan program B.E (Mekanikal/Sistem). Seramai 15 orang pelajar sulung telah mendaftar bagi program ini. Kemudian, pada tahun 1996, program ini ditukarkan kepada B.E. Mekanikal (Opsyen Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Pembuatan). Buat masa sekarang pelajar program bacelor melebihi 300 orang.

    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan mempunyai staf akademik yang berkualiti bagi tujuan pengajaran serta penyelidikan.Di samping tugas dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, pegawai jabatan juga sangat aktif dalam bidang penerbitan dan perundingan. Selain dari terlibat secara aktif dalam menerbitkan artikel dalam jurnal dan konferensi, pegawai Jabatan turut terlibat dalam menganjurkan konferensi kebangsaan dan antarabangsa.

    Program Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Putra Malaysia adalah program kejuruteraan yang dapat memberi pendedahan kepada graduan untuk menggunakan pengetahuan, teknik dan peralatan dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Selain itu juga, para graduan juga akan memperolehi pengetahuan dan memahami prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan berhubung dengan kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.

    Kejuruteraan Proses

    & Makanan

    Pengenalan:

    Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (KPM) telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Sepanjang lebih sepuluh tahun penubuhannya, Jabatan ini telah melahirkan ratusan graduan di dalam pelbagai bidang merangkumi proses dan kejuruteraan melibatkan makanan. Sejajar dengan penekanan yang pernah disuarakan oleh Perdana Menteri dalam sektor Pertanian dan Bioteknologi, Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan di UPM memainkan peranan yang penting untuk melahirkan graduan yang dapat merealisasikan misi tersebut.

    Untuk Ijazah Sarjana Muda, Jabatan ini menawarkan program Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan) dengan opsyen Kejuruteraan Makanan atau Kejuruteraan Pemprosesan Bio-Bahan di mana opsyen ini diambil pada tahun ketiga dan keempat pengajian.

    Selain itu, Jabatan juga menawarkan program pada peringkat M.S. dan Ph.D dalam bidang pengkhususan Kejuruteraan Makanan, Kejuruteraan Pembungkusan, Kejuruteraan Bioproses, dan Kejuruteraan Proses Pertanian.

    Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (KPM) sentiasa mengorak langkah ke hadapan seiring dengan perkembangan dan pembangunan pesat negara. Sebagai perintis dan satu-satunya institusi yang menawarkan program yang seumpamanya di Malaysia, KPM merasakan satu tanggungjawab yang besar dalam mengembangkan dan seterusnya memajukan bidang kejuruteraan proses dan makanan di dalam negara.

    Jadual Program

    Jadual Tentatif

    Tarikh Penting

    Bil Perkara Tarikh
    1 Pendaftaran GISC telah dibuka 1 Jun 2017
    2 Tarikh tutup pendaftaran GISC 26 September 2017
    3 Research Matching - Fasilitator & Pelajar 1 Oktober 2017
    4 Program GISC 17-22 Disember 2017

    Hubungi

    Sekretariat GISC 2017

    Sebarang pertanyaan, Sila hubungi :

    Prof. Madya Dr. Burhanuddin Mohd. Aboobaider

    Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka

    019 - 4807552

    Encik Noorsuhaily bin Ali @ Md Noor

    YDP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar

    012 - 6827485